Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keazaman Murray diuji dengan undian sukar

    MELBOURNE, 13 Jan – Pemain nombor satu dunia, Andy Murray munking menghadapi Kei Nishikori dan Stan Wawrinka dalam undiannya jika dia mahu mara ke final keenamnya dalam Terbuka Australia berikutan undian pada hari ini.

    Murray, yang mencatatkan kecemerlangan pada 2016 dengan mahkota Wimbledon kedua, kejayaan mempertahankan gelaran Olimpik dan ranking teratas pada akhir tahun, tewas dalam lima pertandingan di Melbourne, empat darinya kepada juara bertahan, Novak Djokovic.

    Pemain dari Scotland itu, yang tersenarai dalam New Year Honours, Britain, menghadapi Illya Marchenko dari Ukraine dan akan bertemu pilihan kelima dari Jepun, Nishikori dalam suku akhir dan juara 2014, Wawrinka dalam separuh akhir.

    Djokovic, yang berada dalam pertengahan undian lelaki sebagai pilihan kedua, melalui pusingan pertama yang sukar menentang pemain yang berpengalaman dari Sepanyol, Fernando Verdasco.

    Pemain dari Serbia itu, berusaha bagi mencatatkan gelaran ketujuh Terbuka Australia, akan menghadapi pemenang Antarabangsa Brisbane, Grigor Dimitrov pada pusingan keempat dan pilihan kelapan dari Austria, Dominic Thiem pada suku akhir.

    Dia kemudian menghadapi pemain pilihan ketiga dari Kanada, Milos Raonic pada separuh akhir.

    Roger Federer, pilihan ke-17 dan dalam bahagian atas undian Murray, menghadapi pemain kelayakan ketika dia berusaha untuk menambah 17 gelaran Grand Slam miliknya.

    Pesaing terhebat Federer dalam Grand Slam, Rafael Nadal adalah pilihan kesembilan dan berada dalam suku ketiga undian Raonic dan bahagian bawah bersama Djokovic.

    Harapan Australia, Nick Kyrgios adalah pilihan ke-14 dan dengan perlawanan pembukaan menentang Gastao Elias dari Portugal dan akan menghadapi Wawrinka pada pusingan keempat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda