Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kebajikan anak yatim dipeduli

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Seramai 50 orang anak yatim yang terpilih berumur antara lima hingga 15 tahun dari Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor Mengkubau telah menerima sumbangan keperluan persekolahan pada Majlis Sumbangan Didik Kasih, baru-baru ini.

    Hadir menyampaikan sumbangan pada majlis yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Dato Mohd Yasin, RPN Kampung Mentiri itu ialah Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Ibrahim yang juga Ketua Kampung Sungai Buloh.

    Sumbangan Didik Kasih kali kedua berkenaan merupakan acara tahunan yang diungkayahkan oleh Kumpulan Ikhwanul Mahabbah (KIM) dengan sasaran utama adalah golongan anak-anak yatim yang tinggal di RPN berkenaan.

    Dengan adanya sumbangan berkenaan, ia dihasratkan dapat menyampaikan objektif dan tujuan KIM untuk meringankan beban anak-anak yatim dalam membuat persiapan persekolahan sekali gus dapat menceriakan anak-anak yatim untuk sama-sama merasakan kegembiraan memiliki barangan persekolahan yang baharu.

    Dalam menjayakan majlis berkenaan, keperluan persekolahan berkenaan adalah sumbangan dermawan dalam kalangan penduduk kampung, orang ramai, syarikat-syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa memberi perhatian kepada kemaslahatan dan kebajikan golongan anak-anak yatim di negara ini. Majlis itu juga diharap dapat menjadi contoh kepada generasi muda dalam membentuk keperibadian dan akhlak mulia dengan berkongsi rezeki dan memberi bantuan kepada yang memerlukan.

    Pengiran Haji Ismail menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim pada Majlis Sumbangan Didik Kasih anjuran KIM, baru-baru ini. – Gambar serahan KIM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...