Kebajikan anak yatim terus dipeduli

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Takaful Brunei yang merangkumi Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd dan subsidiari, Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) dan Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) terus memastikan kebajikan anak yatim terjaga apabila menghulurkan sumbangan kepada lebih 40 orang anak yatim di Daerah Brunei dan Muara.

Sumbangan kepada anak-anak yatim berusia empat tahun sehingga 17 tahun itu diserahkan secara langsung kepada mereka melalui penyerahan dari rumah ke rumah bagi menghindari jangkitan COVID-19.

Tahun lalu, Takaful Brunei menyerahkan sumbangan ketika majlis khatam Al-Quran di pelbagai masjid di seluruh Brunei.

Takaful Brunei berharap sumbangan mampu menyemai kesedaran nasib anak-anak yatim yang memerlukan bantuan daripada masyarakat pada bulan Ramadan ini dan meringankan bebanan mereka menjelang Syawal agar mereka sama-sama meraikannya penuh kegembiraan, selain mengeratkan hubungan syarikat dengan masyarakat di negara ini.

Kolaj gambar-gambar penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim. – Gambar serahan Takaful Brunei