Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Mangsa kebakaran yang berlaku di STKRJ Kampung Tanah Jambu, Bukit Sibanging, Daerah Brunei dan Muara pada 22 September lalu mendapat perhatian kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kemen-terian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) yang telah menghulurkan bantuan kewangan.
Majlis penyampaian bantuan kewangan kepada Awang Hamdi bin Admin selaku ketua keluarga telah diadakan di KKBS, hari ini di mana bantuan telah disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Pengiran Siti Rahmah binti Pengiran Haji Salleh serta pegawai-pegawai dari JAPEM. Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian.
Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.
