Kebakaran Amazon peningkan Brazil

SALVADOR, 22 OGOS – Kebakaran besar di hutan hujan Amazon, Brazil telah mencetuskan ribut di media sosial, dengan Presiden Jair Bolsonaro menuduh kumpulan mesra alam yang memulakan kebakaran itu.

Beberapa imej kebakaran di hutan hujan terbesa dunia itu telah tular di Twitter. #PrayforAmazonas pula menjadi hashtag paling kerap digunakan di dunia kelmarin, dengan lebih daripada 249,000 tweet.

“Tidak kira bagaimana berjayanya kita, jika Bumi mati, kita semua akan mati,” kata seorang pengguna Twitter.

Bagaimanapun, sebahagian imej itu menunjukkan kebakaran Amazon bertarikh 1989 atau imej di negara lain seperi Amerika Syarikat atau India, menurut perkhidmatan peme-riksa fakta AFP.

Perangkaan rasmi menunjukkan kira-kira 73,000 kebakaran hutan direkodkan di Brazil dalam tempoh lapan bulan tahun ini, jumlah tertinggi bagi mana-mana tahun sejak 2013. Kebanyakannya di Amazon.

Angka itu jauh berbanding sepanjang 2018 iaitu 39,759, menurut Institut Kebangsaan bagi Penyelidikan Angkasa (INPE), yang turut memeningkan kepala Bolsonaro sejak ia mendedahkan data peningkatan pembasmian hutan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Ketua INPE, agensi yang ditugaskan mengawasi pembasmian hutan, telah dipecat di-sebabkan peningkatan jumlah itu.

Sementara ia adalah mustahil untuk mengukur kawasan yang terjejas oleh kebakaran, di mana asap-asap tebal dalam beberapa hari kebelakangan ini telah menutupi beberapa buah bandar, termasuk Sao Paulo, dan menyebabkan beberapa penerbangan komersial dialih laluannya. – AFP

Imej satelit NASA pada 13 Ogos 2019 menunjukkan beberapa kebakaran di hutan hujan Amazon di Brazil. Perangkaan rasmi menunjukkan kira-kira 73,000 kebakaran hutan direkodkan di Brazil dalam tempoh lapan bulan tahun ini. – AP