Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kebakaran bar ragut 13 nyawa

    MOSCOW, 6 NOV – Sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam kebakaran di sebuah restoran dan bar yang ditempatkan di sebuah gudang di bandar Kostroma, Rusia, malam kelmarin, kata pihak berkuasa tempatan.

    “Menurut maklumat awal, 13 orang menjadi mangsa kebakaran,” kata gabenor tempatan Sergei Sitnikov di Telegram.

    Agensi berita Rusia melaporkan bahawa 250 orang telah dipindahkan dari bangunan itu apabila ia terbakar pada waktu malam di bandar itu sekitar 300 kilometer (km) dari timur laut Moscow.

    Sitnikov berkata kebakaran di restoran itu, yang dipanggil Poligon, telah dipadamkan sekitar jam 7:30 pagi.

    Sekurang-kurangnya lima orang lagi cedera, katanya, tetapi mereka tidak perlu dimasukkan ke hospital.

    Perkhidmatan kecemasan tempatan berkata mereka menerima laporan mengenai kebakaran kira-kira jam 2 pagi, dan api telah merebak lebih 3,500 meter persegi.

    Di laman webnya, Poligon menggambarkan dirinya sebagai ‘stolovaya’ Rusia yang tipikal – restoran kasual yang menyajikan makanan tradisional dan popular dalam kalangan pekerja.

    Seorang anggota bomba memberitahu televisyen negara serantau bahawa seramai 50 anggota terbabit untuk memadamkan api dan mereka telah menggunakan 20 jentera bomba.

    Beliau berkata kebakaran amat sukar dipadamkan kerana risiko bangunan itu runtuh. – AP

    Bunga diletak di tepi sebuah kafe selepas kebakaran di Kostroma di utara Moscow, Rusia kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...