Kebakaran besar landa loji buangan bahan industri

MADRID, 11 DIS – Hampir 30 kumpulan bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran besar yang tercetus di kilang pembuangan bahan industri berhampiran Barcelona hari ini, menyebabkan asap tebal hitam berkepul-kepul naik ke udara.

Tidak adanya laporan kecederaan akibat kebakaran yang meletus sebelum subuh di estet perindustrian di Montornes del Valles, kira-kira 15 kilometer dari timur laut Barcelona.

“Kami sedang bekerjasama dengan 28 kru bomba untuk memadamkan api,” tulis perkhidmatan bomba serantau di Twitter, berkata kebakaran meletus di sebuah firma yang memproses semula pelarut dan buangan industri, menyiar gambar dramatik api yang menjilat bangunan putih dan jalan raya di sebelahnya.

Perkhidmatan perlindungan awam serantau mengepung kawasan berkenaan, menyiar berita terkini di Twitter yang pada mulanya menggesa penduduk tempatan supaya tinggal dalam rumah dengan tingkap ditutup, namun berkata kemudian ia hanya membabitkan warga emas atau mereka yang mempunyai masalah pernafasan. – AP