Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran dalam bilik tidur

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Sebuah bilik tidur di tingkat satu sebuah rumah mengalami kerosakan dalam kejadian kebakaran di Jalan Binglu Utara, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Tanah Jambu, pagi kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, seramai 11 orang anggota serta dua buah jentera dari Balai Bomba Muara yang diketuai oleh ASO Abas bin Haji Ahmad telah dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 8:56 pagi.

    Kenyataan menyatakan bahawa apabila tiba di tempat kejadian, api besar didapati telah membakar keseluruhan bilik tidur berkenaan yang berukuran lebih kurang 5 meter panjang dan 5 meter lebar.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memakai alat pernafasan dengan mengeluarkan satu jet aliran dan air diperoleh daripada jentera bomba serta pili-pili bomba yang berdekatan dengan api dapat dikawal dalam masa 3 minit.

    Lapan orang penghuni rumah telah keluar dengan selamat sebelum jentera bomba sampai di mana punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

    JBP menyarankan orang ramai supaya memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan iaitu alat pemadam api ringan jenis debu kering 4 kilogram dan selimut api, memastikan menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah, jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan jika terdapat kebocoran pada gas untuk memastikan membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan serta memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

    Kejadian kebakaran rumah yang berlaku di Jalan Binglu Utara, RPN Tanah Jambu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda