Kebakaran dalam kereta api berjaya dipadamkan

TOKYO, 8 NOV – Satu kebakaran dalam kereta api laju Jepun hari ini berjaya dipadamkan selepas seorang penumpang cuba meniru serangan dalam kereta api Tokyo seminggu lalu.

Dalam kejadian itu, seorang penumpang lain berjaya memadamkan kebakaran itu selepas suspek merenjis cecair di lantai gerabak dan menyalakan sehelai kertas dengan pemetik api dan menjatuhkannya ke atas lantai dalam kereta api laju Kyushu Shinkansen dari stesen Kumamoto ke stesen Shin-Yatsushiro di selatan Jepun, menurut pegawai polis, Tsuneo Kitada.

Kebakaran menyebabkan lantai sedikit hangus namun berjaya dipadamkan oleh penumpang, ketika konduktor kereta api memanggil polis yang masuk ke dalam gerabak sebaik sahaja ia berhenti di stesen terdekat dan menangkap suspek atas dakwaan cubaan membakar, kata Kitada. – AP