Kebakaran di Indonesia semakin teruk

PEKANBARU, 12 SEPT – Jumlah kebakaran hutan hujan Indonesia naik mendadak, menyebarkan kabut ke seluruh Asia Tenggara, menurut data satelit hari ini.

Ia turut meningkatkan kebimbangan mengenai impak penularan kebakaran hutan di seluruh dunia terhadap kepanasan global.

Pembakaran haram untuk membersihkan ladang untuk pertanian merebak di Sumatera dan Borneo, dengan Indonesia menggunakan helikopter untuk memadamkan kebakaran dan ribuan pasukan keselamatan untuk menangani bencana itu.

Ia adalah penularan terbaharu di seluruh dunia, kebakaran besar kini mengancam Amazon manakala kebakaran hutan berlaku di seluruh timur Australia dengan permulaan musim kebakaran yang luar biasa dan ganas.

Kebakaran hutan di Indonesia adalah masalah setiap tahun tetapi tahun ini ia semakin buruk disebabkan cuaca kering dan sejak beberapa hari ini menyebarkan jerebu ke Malaysia dan mencetuskan perbalahan diplomatik.

Bilangan tompok panas yang dikesan satelit, menunjukkan kemungkinan besar boleh berlaku kebakaran, meningkat mendadak di Indonesia semalam, menurut Pusat Kaji Cuaca Khas ASEAN beribu pejabat di Singapura.

Terdapat 1,619 tompok panas dikesan di Borneo dalam wilayah Indonesia dan Sumatera meningkat daripada 861 sehari sebelum itu, menurut kiraan pusat itu, yang memantau kebakaran hutan dan penyebaran jerebu.

Aktivis Greenpeace di Indonesia, Kiki Taufik, memberitahu hujan sedikit sejak dua minggu lalu, terutama di Borneo Indonesia yang meningkatkan jumlah tompok panas.

Kepulauan Borneo dikongsi antara Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Taufik menyaksikan persamaan antara kebakaran di Indonesia dan Amazon, yang menyaksikan peladang juga memulakan kebakaran untuk membersihkan ladang bagi tujuan penanaman. – AFP