Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kebakaran di kedai runcit

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Sebuah kedai runcit mengalami kerosakan dalam kejadian kebakaran di kawasan Kampung Sungai Tali, Mukim Lumut pada pagi kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, seramai 13 orang anggota dari Balai Bomba Sungai Liang dan bantuan dari Balai Bomba Seria yang diketuai oleh Stesen Komander Balai Bomba Sungai Liang, SO Sulaiman bin Omar telah dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 10:38 pagi.

    Apabila anggota bomba dan penyelamat sampai di tempat panggilan, asap tebal didapati keluar dari kedai berkenaan serta pintu kedai dalam keadaan berkunci.

    Kumpulan pertama diarahkan untuk memakai alat pernafasan bagi membuka pintu kedai menggunakan bolt cutter dan spreader cutter serta mengeluarkan dua aliran hos bagi memadam kebakaran di dalam kedai berkenaan.

    Sementara itu, kumpulan kedua diarahkan mengeluarkan satu aliran hos bagi memadam di luar kedai dan membuat perlindungan air di rumah yang berdekatan bagi proses menyejukkan.

    Kebakaran itu juga melibatkan sebuah rumah yang berdekatan di mana ia mendapat kerosakan akibat daripada bahang di kawasan luar dinding bilik tidur.

    JBP menyatakan lagi bahawa tidak ada sebarang korban jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan dengan punca serta kerugian masih dalam siasatan. Pihak jabatan menyarankan orang ramai untuk memastikan menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan bangunan, kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api ringan jenis debu kering 2 kilogram dan selimut api serta memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

    Kepulan asap tebal dilihat keluar dari sebuah kedai runcit di kawasan Kampung Sungai Tali.
    Anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran di kedai runcit berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...