Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Kebakaran di sekolah cacat penglihatan ragut 11 nyawa

    KAMPALA, 25 OKT – Sebelas orang, kebanyakannya kanak-kanak, telah terbunuh dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah sekolah untuk orang buta di Uganda hari ini, kata polis dan seorang menteri kerajaan.

    “Punca kebakaran masih tidak diketahui, tetapi setakat ini 11 di sahkan mati dalam kebakaran itu manakala enam dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke hospital,” kata Pasukan Polis Uganda menerusi halaman Twitter. Bencana itu berlaku kira-kira jam 1 pagi hari ini di Sekolah Orang Buta Salama di daerah Mukono, timur ibu negara Kampala.

    Polis berkata siasatan telah dilancarkan dan butiran lanjut akan dikeluarkan kemudian.

    “Kebanyakan yang maut adalah kanak-kanak di sekolah dan kami bersimpati dengan ibu bapa mereka,” kata Menteri Dalam Negeri Jeneral Kahinda Otafiire kepada AFP.

    Beliau berkata sekolah itu telah ditutup sebagai ‘tempat kejadian jenayah’ dan menyatakan bahawa siasatan penuh akan dilancarkan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...