Kebakaran di Strasbourg korban lima nyawa

STRASBOURG, PERANCIS, 27 FEB – Satu kebakaran berlaku di bandar timur Perancis Strasbourg telah mengorbankan lima orang dan tujuh lagi tercedera, kata anggota penyelamat itu.

Kebakaran itu berlaku semalaman di blok apartmen tujuh tingkat dan anggota bomba terpaksa memindahkan ramai orang kerana asap tebal menyelubungi rumah mereka, kata kenyataan.

Mereka yang meninggal dunia ialah tiga orang lelaki berusia 30an dan 40-an dan dua wanita yang berusia 25 dan 70 tahun, kata para pegawai.

“Mereka mati di tempat kejadian, akibat terhidu asap tebal dan bahang panas di ruang tangga,” kata seorang pegawai tempatan.

“Para anggota bomba memberitahu kami bahawa dinding itu benar-benar telah hancur,” katanya.

Seramai tujuh orang yang cedera parah manakala mereka yang lain dipindahkan keluar dari

bangunan itu telah dibawa ke gim tempatan untuk perlindungan sementara, kata angota penyelamat itu. – AFP