Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Kebakaran di tapak pembuang sisa di Kochi jejas kesihatan penduduk

NEW DELHI, 10 MAC – Kebakaran di tapak pembuangan sisa di bandar Kochi selatan India menimbulkan kesan serius terhadap kesihatan penduduk di sekitar bandar pelabuhan utama itu.

Menurut laporan media tempatan, kebakaran tercetus di tapak itu pada 2 Mac dan berlanjutan selama beberapa hari.

Jabatan bomba Kerala dibantu tentera laut dan helikopter tentera udara India berusaha memadamkan kebakaran di tapak sisa Brahmapuram.

Walaupun kebakaran berjaya dikawal, ia telah mengakibatkan pencemaran toksik dan asap telah merebak dalam radius 30 kilometer, lapor akhbar Hindustan Times.

Ramai penduduk setempat mengadu mengalami kesukaran bernafas selepas kejadian itu.
Jumlah individu yang mendapatkan rawatan untuk penyakit berkaitan paru-paru telah meningkat sejak kebakaran melanda, menurut laporan media. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -