Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Kebakaran di Tawau, 12 rumah musnah

TAWAU, 2 FEB – Sebanyak 12 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Jawa, Jalan Guru di sini, tengah hari tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Sukur Hatta berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12:38 tengah hari sebelum 40 anggota serta pegawai bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai, kita dapati kebakaran membabitkan struktur rumah papan dengan api yang merebak pantas berikutan cuaca panas terik selain tiupan angin.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 1:56 tengah hari dan operasi pemadaman turut dibantu pasukan bomba sukarela Kampung Titingan termasuk penduduk kampung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

Kebakaran rumah di Kampung Jawa, kelmarin. – Utusan Malaysia
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -