Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kebakaran elektrik di kafe berjaya dipadamkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Tindakan pantas seorang petugas keselamatan berjaya untuk memadamkan api daripada merebak dalam kejadian kebakaran elektrik yang melibatkan kotak-kotak penyimpanan kertas dan pensanitasi tangan di sebuah kafe di Gadong pada pagi, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, seramai lima orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan, Cawangan Operasi A yang diketuai oleh SO Haji Abdul Rahman bin Maitamit, dikejarkan ke lokasi kebakaran elektrik di Gadong pada pukul 6:15 pagi.

    Sementara itu, apabila anggota JBP sampai di tempat kejadian, mereka mendapati api telah pun berjaya dipadamkan daripada merebak oleh pengawal keselamatan Aegis, Awang Alfian bin Naim dengan menggunakan sebiji alat pemadam api jenis debu kering 1.5 kilogram sebelum jentera bomba sampai.

    Kes tersebut diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) yang hadir untuk tindakan selanjutnya.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan serta tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

    Tindakan pantas seorang petugas keselamatan berjaya untuk memadamkan api daripada merebak dalam kejadian kebakaran elektrik di sebuah kafe di Gadong pada pagi, kelmarin. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...