Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kebakaran gereja Mesir: Pasukan kecemasan lewat sampai

    KAHERAH, 15 OGOS – Penduduk Mesir menyatakan rasa tidak puas hati terhadap anggota bomba dan perubatan yang mengambil masa lama untuk menyelamat mangsa kebakaran di gereja Koptik Kristian.

    Kebakaran tersebut meragut 41 jiwa.

    Salah seorang pengguna Twitter mendakwa usaha lambat menyelamat mangsa bukan sahaja suatu pengabaian, malahan sesuatu yang disengajakan.

    “Anak saudara saya mati dalam kebakaran itu. Saya tinggal di kawasan berdekatan dan perjalanan hanya mengambil masa tiga minit untuk ambulans sampai ke tempat kejadian.

    Tetapi mereka sampai hanya setelah satu jam setengah,” kata Moha El Harra dalam satu rakaman video yang mendapat perhatian pengguna media sosial.

    “Kami hanya mahukan keadilan. Pihak ambulans, anggota bomba, pasukan tentera perlu dipertanggungjawabkan,” tambahnya.

    Menteri Kesihatan, Khaled Abd el-Ghaffar, berkata bahawa pasukan perubatan dimaklumkan pada jam 8:57 pagi dan ambulans pertama tiba di tempat kejadian tepat pada jam 8:59 pagi.

    Namun, banyak saksi membantah kenyataan menteri tersebut, sebaliknya mereka menjelaskan perkhidmatan kecemasan tiba selepas satu jam setengah. – AFP

    Pasukan kecemasan ketika berada di tempat kejadian kebakaran gereja Abu Sefein yang mengorbankan lebih 40 orang. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...