Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran hospital, menteri kesihatan Iraq digantung tugas

    BAGHDAD, 26 APRIL – Perdana Menteri Iraq Mustafa Al-Kadhimi semalam memutuskan untuk menggantung tugas Menteri Kesihatan Hassan al-Tamimi dan melancarkan siasatan mengenai kebakaran besar di Hospital Ibn al-Khatib di Baghdad, lapor agensi berita Xinhua.

    Menurut kenyataan pejabat media Al-Kadhimi, Perdana Menteri mengadakan sesi khas untuk membincangkan kejadian kebakaran tragis di hospital di timur Baghdad itu yang menyediakan rawatan untuk pesakit COVID-19 serius di unit rawatan rapinya.

    Al-Kadhimi turut memutuskan untuk membentuk jawatankuasa diketuai Menteri Dalam Negeri Abdul Ghani al-Asadi bagi menyiasat kejadian kebakaran dalam tempoh lima hari, dan mengenakan tindakan kepada petugas yang cuai, kata kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda