ATHENS, Greek, 14 Ogos – Satu kebakaran besar di utara Athens mengancam rumah-rumah ketika ia melarat membakar pokok-pokok pain buat hari kedua, sukar dibendung kerana angin kencang.
Dua pesawat dan lima helikopter perkhidmatan bomba membasmi kebakaran di Varnava, 45km ke utara ibu negara Greek, manakala satu jalan raya utama di kawasan itu ditutup untuk lalu lintas bagi memberikan laluan mudah kepada jentera bomba.
Kebakaran tidak dapat dikawal buat hari kedua hari ini selepas merosakkan sekurang-kurangnya 20 kediaman pada hari sebelumnya dan memaksa pengosongan tapak-tapak kem percutian digunakan di kawasan itu bagai percutian kanak-kanak.
Tiada siapa yang cedera setakat ini, dan jurucakap Perkhidmatan Bomba, Pengurus Briged Stavroula Maliri menerangkan semua pengosongan itu adalah sebagai langkah berwaspada. – AP
