Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kebakaran hutan ancam keselamatan penduduk

    YANGYANG, 22 APRIL – Kebakaran hutan yang merebak dengan pantas di daerah timur laut Korea Selatan pada Jumaat diburukkan lagi dengan tiupan angin kencang, mengancam keselamatan penduduk di kawasan bandar hingga memaksa mereka untuk berpindah.

    Kebakaran bermula pada 1:32  tengah hari waktu tempatan di kawasan perkampungan di pantai Yangyang, kira-kira 215 kilometer dari timur Seoul, lapor agensi berita Yonhap.

    Pihak berkuasa perhutanan menggerakkan 13 helikopter dan 189 anggota bomba bagi memadam kebakaran.

    Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan setakat ini.

    Pihak berkuasa tempatan mengarahkan penduduk di dua perkampungan untuk berpindah, susulan kebakaran yang merebak pantas ke arah bandar.

    Amaran cuaca kering dan angin kencang telah dikeluarkan untuk kawasan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...