BOISE – Keadaan hutan yang terbakar secara tidak terkawal pada bulan September ini telah dilaporkan sebagai fenomena yang terburuk pernah berlaku di AS pada tahun ini.
Asap jerebu menyelubungi beberapa kawasan bandar di rantau itu sekali gus menghalang aktiviti luar orang awam sehingga terpaksa mengeluarkan amaran larangan bermain bola sepak di beberapa buah sekolah.
Lebih teruk lagi apabila terdapat juga kebakaran yang turut merebak hingga ke kawasan rumah sehingga individu yang terlibat terpaksa mencari tempat perlindungan lain.
Aktiviti luar terbatas di Idaho
Permainan bola sepak di beberapa buah sekolah tinggi dan stadium telah dibatalkan pada minggu ini berikutan daripada keadaan udara yang tidak sihat sekaligus turut memperlihatkan keadaaan stadium yang terus kosong.


Menurut Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Negeri, kualiti udara yang teruk di beberapa bahagian telah membuatkan kanak-kanak dan remaja dinasihatkan untuk melindungi diri mereka di dalam rumah dan mengelakkan untuk melakukan aktiviti luar seperti bermain bola sepak dan ragbi yang boleh menjejaskan tahap kesihatan mereka.
“Setentunya ramai kanak-kanak dan ibu bapa yang berasa kecewa apabila permainan popular itu telah dibatalkan namun setentunya menjaga tahap kesihatan pelajar jelas menjadi satu keutamaan,” jelas Kathleen Tuck, jurucakap di Sekolah Daerah Nampa di barat Idaho.
Penduduk di Idaho kini jelas bernafas pada keadaan udara yang tercemar iaitu pada paras 460 dan menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar menjelaskan bahawa bacaan udara pada paras 150 ke atas adalah dianggap sebagai tidak sihat dan bacaan yang melebihi tahap 300 pula dikira sebagai berbahaya,
Bagaimanapun keadaan udara yang buruk itu tidak mempengaruhi sektor pertanian Idaho memandangkan kebanyakan tanaman telah dituai dan musim luruh juga belum bermula.
“Keadaan udara yang membentuk seperti kabus tebal secara tidak langsung telah menjejaskan aktiviti sukan luar seperti bola sepak dan segala-galanya malah sesi latihan juga hanya dilakukan di dalam gim,” jelas Pengerus Hubungan Masyarakat di Hospital St. Mary di bandaraya Prairie, Cottonwood, Kim Johnson.
Tahun lalu, adik Johnson telah dimasukkan ke hospital berikutan daripada masalah kesukaran untuk bernafas ekoran asap tebal kesan daripada hutan terbakar pada tahap yang tidak terkawal.
Hospital itu sendiri berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi individu yang mengalami kesukaran untuk bernafas dan ia jelas cukup selesa memandangkan ia dilengkapi dengan penyaman udara dan kafeteria.
“Kami menerima ramai pesakit pada setiap hari,” jelas Johnson.

Sunyi dan sepi di Montana
Ted Linford merupakan seorang individu yang tidak tahan untuk berkurung di dalam rumah untuk jangka masa yang lama dan sering mengikuti latihan memanah di Seeley Lake,
Seeley Lake di kawasan lembah di sebelah Gurun Bob Marshall biasanya dipenuhi dengan para pemburu pada musim panas namun tidak pada tahun ini berikutan daripada asap tebal yang menjejaskan penglihatan di sekeliling kawasan tersebut.
“Ia jelas berasa sunyi dan sepi umpama seperti berada di dalam sebuah kawasan bandar berhantu,” jelas Linford.
Kualiti udara yang teruk ekoran daripada kesan hutan yang terbakar secara tidak langsung telah membuatkan pihak berkuasa untuk mengarahkan lebih dari 1,600 penduduk kampung untuk mengosongkan rumah mereka sekaligus berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
Linford dan isterinya hanya berpeluang untuk kembali semula ke rumahnya selepas beberapa minggu terpaksa mengosongkannya.
Kesihatan penduduk Oregon terjejas
Kebakaran hutan yang tidak terkawal secara tidak langsung menimbulkan suasana hangat di Rhode Island dan menyebabkan keadaan api sekaligus membuatkan bandar yang berdekatan.
Pendleton, sebuah bandar di timur Oregon dikategorikan sebagai wilayah yang memiliki tahap kualiti udara yang teruk dan berbahaya.
Rata-rata penduduk di Pendleton menderita dengan masalah mata pedih, sakit tekak sakit kepala dan batuk.
Pakar kawal selia bagi program alam sekitar bandar, Klaus Hoehna turut menjelaskan bahawa keadaan asap tebal secara tidak langsung menghalang penglihatan penduduk setempat dan menasihatkan agar mereka untuk terus duduk di dalam kawasan yang terlindung. – AP