Kebakaran hutan, ancaman keselamatan

SYDNEY, 15 April – Bencana kebakaran belukar yang berterusan telah mengancam nyawa dan harta benda di barat daya Sydney hari ini, bersama lebih 500 ahli bomba bergelut untuk memadamkan kebakaran tatkala ia mendekati salah satu berek tentera yang terbesar di Australia.

Sementara ancaman kebakaran berkurangan pada pagi hari ini, jurucakap Perkhidmatan Bomba Luar Bandar Negeri New South Wales Greg Allen memberitahu Xinhua bahawa cuaca panas musim luruh tidak bermusim dan angin barat selaju 60 kilometer sejam telah menyalakan semula api yang bermula semalam dan memberi kesukaran kepada pasukan bomba untuk memadamkan api kebakaran.

“Masih terdapat risiko yang besar untuk bara api tersebar dan memulakan kebakaran di tempat-tempat yang berasingan,” katanya.

Pada tengah hari, para penduduk di pinggir bandar Voyager Point, Pleasure Point, Sandy Point, Alfords Point, Menai dan Barden Ridge diminta untuk mencari perlindungan dan amaran daripada pihak berkuasa mengatakan ‘sudah terlalu lambat untuk pergi meninggalkan.”

Namun tidak jelas berapa banyak rumah dan harta benda yang terjejas. Setakat ini kebakaran itu telah memusnahkan sekurang-kurangnya 1,000 hektar tanah, aliran anak sungai, sungai-sungai dan laluan kereta api.

Akan tetapi yang menjadi kebimbangan utama ialah Berek Tentera Holsworthy yang menyimpan bekalan bahan bakar, peluru dan bahan letupan. – Xinhua