Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kebakaran hutan di Jerman membimbangkan

    BERLIN, 4 OGOS – Satu kebakaran hutan berlaku di utara Berlin berdekatan dengan tempat penyimpanan senjata api polis.

    Situasi bertambah buruk dengan gelombang haba yang berlaku di Jerman.

    Pihak bomba berjaya mengawal dua daripada empat kejadian kebakaran, termasuk kawasan berhampiran simpanan senjata api milik polis negara itu. Tiada korban jiwa dilaporkan setakat ini.

    Sementara itu, pasukan bomba meminta bantuan daripada pihak tentera pada mengawal kebakaran tersebut daripada merebak jauh.

    “Kebakaran ini amat berbahaya memandangkan ia berlaku berdekatan dengan kawasan penyimpanan senjata api milik polis,” kata jurucakap pihak bomba Berlin, Thomas Kirstein. Beliau menambah bahawa keadaan adalah terkawal dan tidak memudaratkan penduduk setempat.

    Pihak berkuasa mengawal kawasan berdekatan dan meminta orang awam untuk tidak mendekati, sementara sebuah helikopter milik polis membantu membuat rondaan di kawasan sekitar.

    Kepanasan cuaca dijangka meningkat hingga 40 darjah Celcius di kebanyakkan tempat di Jerman.

    Beberapa bahagian timur Berlin, termasuk Brandenburg, telah bergelut memadamkan kebakaran selama empat hari. Setakat ini, semua helikopter pemadam kebakaran sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran di timur Jerman. – AFP

    Seorang lelaki melihat kepulan asap akibat kebakaran hutan Grunewald. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...