Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    Kebakaran hutan jejas kualiti udara

    DENVER, 21 MEI – Asap dari puluhan kejadian kebakaran hutan di barat Kanada telah melarat ke selatan Amerika Syarikat dan mendorong negeri Colorado dan Montana untuk mengeluarkan amaran kualiti udara.

    Jabatan Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Colorado mengeluarkan amaran dan nasihat untuk petang kelmarin sehingga petang hari ini untuk sebahagian besar kawasan timur negeri itu, termasuk Denver. Ia memberi amaran bahawa kualiti udara mungkin tidak sihat semasa tempoh tersebut.

    “Mereka yang mengalami penyakit jantung atau paru-paru, orang tua dan kanak-kanak perlu mengelak daripada melakukan senaman yang berpanjangan atau berat, orang lain harus mengurangkan aktiviti luar yang berpanjangan dan berat,” menurut kenyataan jabatan itu.- AP

    Jerebu tebal dilihat dari luar terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, 19 Mei 2023.- AP 
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -