Saturday, September 30, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Kebakaran hutan Portugal berjaya dikawal

    LISBON, 18 OGOS – Pegawai berkuasa berkata kebakaran hutan besar di Portugal kini terkawal, namun lebih 1,000 anggota bomba masih bergelut untuk menanganinya.

    Kebakaran besar di taman negara Serra da Estrela di tengah Portugal berjaya dikawal minggu lalu, namun api kebakaran menyala buat kali kedua pada Isnin.

    Lebih daripada 25,000 hektar tanah dianggarkan telah hangus akibat kebakaran di taman yang tersenarai di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), menjadi rumah kepada pelbagai spesies hidupan liar termasuk kucing liar dan biawak.

    Seorang pegawai berkata kelmarin, api dapat dikawal tetapi memberi amaran ia boleh menyala semula.

    “Api terkawal, tetapi ia tidak dipadamkan sepenuhnya. Kerja-kerja penyelenggaraan akan diteruskan dalam beberapa hari akan datang,” kata komander perlindungan awam, Miguel Oliveira kepada radio TSF.

    Ramalan cuaca meramalkan ge- lombang panas baharu akan berlaku Sabtu, terbaru dalam rentetan musim panas di Portugal tahun ini. Julai adalah bulan yang paling panas direkodkan dalam hampir satu abad.

    Sejak awal tahun, kira-kira 92,000 hektar telah terbakar di Portugal, dalam kebakaran terburuk sejak 2017 dengan kira-kira 100 jiwa terbunuh. – AFP

    Seorang anggota bomba membuat rondaan semasa kebakaran hutan di Orjais di Covilha pada 17 Ogos lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...