Kebakaran hutan ragut enam nyawa

KIEV, 8 JULAI – Ratusan anggota bomba dan pekerja menyelamat bergegas untuk memadamkan kebakaran hutan yang telah membunuh enam orang di timur Ukraine, kata menteri dalam negeri semalam.

Kapal terbang penyembur air juga dihantar ke tempat kebakaran di rantau Lugansk, yang sebahagiannya dikawal oleh pemisah pro-Rusia, kata Arsen Avakov. Anggota bomba pada mulanya berjaya mengawal api tetapi ia merebak sekali lagi, dirangsang oleh angin dan suhu tinggi, dan akhirnya meletus di kawasan seluas kira-kira 80 hektar, menurut perkhidmatan kecemasan.

Lebih daripada 120 rumah hangus terbakar di antara kawasan pertempuran di antara pemisah dan tentera Ukraine.

Gabenor serantau Serhiy Haidai memberitahu Radio NV kebakaran, yang bermula pada Isnin, mungkin berpunca daripada perbuatan membakar secara sengaja.

Beliau berkata kumpulan bomba berusaha memindahkan penduduk di kawasan berisiko tetapi beberapa penduduk lebih tua enggan meninggalkan rumah mereka.

Kebakaran hutan pada awal tahun ini memusnahkan lebih 66,000 hektar di zon kekecualian sekitar Chernobyl di utara Ukraine, tempat berlakunya salah satu kemalangan nuklear paling teruk di dunia pada 1986. – AFP

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky (tengah) dan Menteri Dalam Negeri Arsen Avakov (kanan) membantu seorang wanita ketika mereka melihat kerosakan akibat kebakaran hutan di Lugansk kelmarin. – AFP