STOCKHOLM, 1 Ogos – Kebakaran hutan yang memusnahkan majoriti kawasan di Sweden semakin reda, kata pihak berkuasa semalam ketika anggota bomba Perancis, Itali dan Jerman yang datang membantu, secara berperingkat meninggalkan negara itu.
Dua pesawat bomba Canadair berlepas dari Perancis ke Sweden pertengahan Julai lalu berlepas pulang semalam, beberapa hari selepas pesawat dari Itali dan Portugal kembali ke tanah air.
Sementara itu, perkhidmatan kecemasan Sweden, SOS Alarm berkata, terdapat 10 lagi kebakaran yang berjaya dikawal semalam, separuh daripada jumlah minggu lalu dan berkurangan daripada antara 45 hingga 70 kebakaran yang dilaporkan awal bulan lalu. – AFP