Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Kebakaran libatkan wayar rumah berjaya dipadam

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Tindakan pantas penghuni rumah berjaya untuk memadamkan kebakaran elektrik dalam kejadian yang berlaku di Kampung Tagap, Selayun Sengkurong, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, enam orang anggota dari Balai Bomba Jerudong, Cawangan Operasi ‘F’ yang diketuai oleh DSO Rapidi bin Haji Matali, dikejarkan ke lokasi kejadian pada pukul 1:28 pagi.

Api berjaya dipadamkan oleh penghuni rumah menggunakan alat pemadam api jenis debu kering 2.5 kilogram sebelum jentera bomba sampai. Kenyataan menjelaskan bahawa kebakaran melibatkan kabel wayar bahagian luar rumah menuju fius.

Anggota bomba bersedia dengan membawa dua alat pemadam api jenis debu kering 2.5 kilogram. Dalam kejadian berkenaan, tidak ada sebarang korban jiwa dilaporkan manakala punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

JBP dalam kenyataannya menyarankan orang ramai supaya memastikan bangunan dilengkapi dengan peralatan iaitu alat pemadam api mudah alih jenis debu kering 2 kilogram dan selimut api dan memastikan menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan bangunan.

Tindakan pantas penghuni rumah berjaya memadamkan kebakaran yang melibatkan wayar bahagian luar rumah dalam kejadian kebakaran elektrik yang berlaku di Kampung Tagap, Selayun Sengkurong, kelmarin. – Gambar serahan JBP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -