Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Kebakaran lombong arang batu, 16 maut

    BEIJING, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam kebakaran lombong arang batu di wilayah Guizhou, barat daya China, kata pegawai tempatan kelmarin.

    Kebakaran itu berlaku di Lombong Arang Shanjiaoshu sekitar jam 8:10 pagi (0010 GMT), kata kerajaan Panzhou City dalam notis yang disiarkan di laman webnya kelmarin.

    “Siasatan awal mendapati bahawa tali sawat pengangkut telah terbakar, menyebabkan 16 orang terperangkap,” tambahnya, tanpa butiran lanjut mengenai apa yang rosak atau bagaimana kebakaran itu bermula.

    Pasukan kecemasan berjaya memadam kebakaran itu dan suhu di lokasi kejadian kembali normal, walau bagaimanapun, ‘selepas pengesahan awal, 16 orang didapati telah meninggal dunia’, kata notis itu. Lombong Panzhou City terletak kira-kira 3,600 kilometer di barat daya ibu kota Beijing. – AFP

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...