Kebakaran masjid Kg Mentiri, dua suspek diberkas

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Suspek lelaki dan wanita warga tempatan masing-masing berusia 39 dan 43 tahun telah ditahan untuk siasatan kerana dipercayai terlibat dalam kejadian kebakaran meranapkan sebuah masjid di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri (gambar) pada tahun 2017.

Tertuduh Mohd Erwan bin Manggis dihadapkan ke Mahkamah Perantaran Bandar Seri Begawan bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 435 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu khianat dengan membakar atau menggunakan benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

Daripada jumlah panggilan kecemasan dari Januari hingga Jun, sebanyak 151 panggilan adalah bagi kebakaran rumah, bangunan, kereta dan elektrik, 194 panggilan bagi bantuan menurunkan/mengangkat, standby, latihan baris dan bantuan membersihkan bekas kemalangan jalan raya serta 229 panggilan bagi kebakaran hutan dan kebakaran rumput.

Statistik panggilan kecemasan itu dikongsi oleh JBP dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, tertuduh pertama juga menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu terlibat dengan jenayah curi di dalam rumah sewa di Kampung Lumapas sekitar bulan Mac 2021.

Hasil daripada perbicaraan, pengakuan tertuduh pertama telah dibacakan dan tertuduh telah mengaku bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan dan perbicaraan selanjutnya akan dijalankan pada 17 Ogos ini bagi penetapan hukuman.

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah telah memerintahkan tertuduh bagi menjalani tahanan reman sehingga tarikh perbicaraan berkenaan.

Api besar kelihatan membakar Masjid RPN Kampung Mentiri dalam kejadian kebakaran pada tahun 2017. – Gambar serahan PPDB