WASHINGTON, 27 Sept – Kebakaran meletus awal hari ini di Kedutaan Ecuador di bandar negara itu.
Pasukan EMS dan bomba Daerah Columbia menggambarkannya dalam catatan laman Twitter sebagai kebakaran kecemasan tahap dua dan melaporkan kebakaran itu berjaya dikawal.
Kebakaran itu boleh dilihat dari bumbung struktur, hanya selepas tengah malam ini, di sebuah kejiranan yang menempatkan beberapa kedutaan.
Peralatan kecemasan masih lagi berada di tempat kejadian sehingga pagi menyusul manakala kesesakan lalu lintas berlaku di kawasan itu pada pagi hari yang sibuk.
WRC-TV melaporkan bahawa lebih 100 anggota bomba memadam kebakaran itu selama dua jam dan seorang anggota bomba telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Punca kebakaran masih lagi disiasat. – AP