TEHRAN, 14 FEB – Kebakaran meletus di sebuah pangkalan tentera di barat Iran, lapor media kerajaan hari ini, siri kebakaran baharu dan bencana lain yang menjejaskan infrastruktur negara itu beberapa bulan kebelakangan.
Kebakaran berlaku di sebuah gudang dipenuhi bahan mudah terbakar dan minyak enjin di sebuah pangkalan milik Pengawal Revolusi separa tentera Iran di barat wilayah Kemranshah, lapor laman web Iran, Nournews.
Kebakaran memusnahkan bangsal namun tidak ada mangsa korban dengan punca kejadian masih dalam siasatan. – AP