Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kebakaran musnah 185 ekar hutan

    KABUL, 2 JUN – Kebakaran hutan telah memusnahkan 185 ekar di daerah Norgaram, wilayah Nuristan, timur Afghanistan, lapor saluran TV tempatan, Tolonews hari ini.

    Memetik pegawai tempatan, TV itu melaporkan kebakaran hutan sudah memasuki hari ke 10 di daerah Norgaram hari ini dan ia akan memusnahkan lebih banyak hutan jika tidak dibendung.

    “Anggota bomba kami tidak dilengkapi dengan peralatan moden untuk memadam kebakaran tersebut. Jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan pergunungan untuk memadam kebakaran, meskipun kami sudah mencuba terbaik mungkin,” Tolonews memetik Mawlawi Jan Mohammad Sayeq, seorang pegawai bersama Pengurusan Bencana Kementerian Kerajaan, sebagai berkata.

    Sayeq, menurut TV tempatan, telah membayangkan untuk meminta bantuan daripada negara jiran jika pihak berkuasa gagal untuk memadam kebakaran hutan itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...