Kebakaran paksa 2,400 orang dipindahkan di Andalusia

BARCELONA, 30 OGOS – Kira-kira 2,400 orang telah dipindahkan akibat kebakaran yang tidak dapat dikawal sehingga memusnahkan wilayah selatan Andalusia, Sepanyol, kata pihak berkuasa hari ini.

Kebakaran berlaku pada Khamis lalu di kawasan pergunungan berhampiran bandar Almonaster la Real, 120 kilometer di barat laut bandar Seville.

Ia sudah melanda 90 kilometer persegi.

Sebanyak 24 pesawat dan sebuah helikopter membantu kira-kira 450 orang termasuk anggota bomba dan anggota kecemasan tentera, yang bekerja sepanjang malam untuk mengatasi kebakaran. – AFP