SEOUL, 21 APRIL – Seorang maut manakala 11 lagi cedera dalam satu kejadian kebakaran di sebuah pangsapuri 21 tingkat di Bongcheon-dong, Seoul, kelmarin, lapor agensi berita Yonhap.
Kebakaran berlaku pada 8:17 pagi waktu tempatan dan dipercayai berpunca akibat perbuatan khianat, menurut pegawai polis.
Daripada 11 mangsa yang cedera, dua dilaporkan terjun dari bangunan ketika cuba menyelamatkan diri dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Seramai sembilan lagi mengalami kecederaan ringan akibat sesak nafas dan terhidu asap.
Pihak polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai memulakan kebakaran dengan sengaja. – Bernama
