Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kebakaran pejabat disyaki khianat

    SEOUL, KOREA SELATAN, 9 JUN – Kebakaran yang dikatakan akibat perbuatan khianat telah memusnahkan sebuah bangunan pejabat hari ini di bandar Daegu, Korea Selatan, membunuh tujuh orang manakala puluhan lagi cedera, kata pegawai bomba dan polis.

    Puluhan anggota bomba dan jentera segera memadam kebakaran itu yang bermula lewat pagi di tingkat dua daripada tujuh tingkat bangunan pejabat itu dekat mahkamah daerah bandar tersebut.

    Tujuh orang disahkan mati, termasuk seorang lelaki yang tidak dikenali yang polis syaki telah mencetuskan kebakaran di sebuah pejabat peguam.

    Kira-kira 49 lagi cedera, kebanyakan terhidu asap, manakala, 31 daripadanya telah dirawat di hospital, kata Jabatan Bomba Daegu.

    Jumlah korban mungkin tinggi kerana bangunan itu tidak mempunyai perenjis air di lantai pejabat, menurut ketua jabatan bomba daerah Suseong, Daegu, Park Seok-jin.

    Beliau tidak menjawab secara langsung apabila ditanya sama ada terdapat kesilapan dari segi undang-undang yang memerlukan standard keselamatan.

    Jeong Hyeon-wook, seorang pegawai dari Polis Metropolitan Daegu, berkata rakaman kamera keselamatan menunjukkan suspek meninggalkan rumahnya dengan membawa sebuah kontena pada kedua-dua tangannya yang mungkin digunakan untuk mencetuskan kebakaran.

    Jeong berkata semua yang meninggal dunia ditemui dalam bilik sama dan polis menyiasat kemungkinan sebarang motif.

    Dengan kematian suspek, tidak jelas sama ada akan ada orang yang didakwa berhubung kebakaran kecuali polis menemui rakan subahat, kata Jeong. – AP

    Pegawai polis mengawal tempat kejadian kebakaran di Daegu, Korea Selatan pada 9 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...