Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kebakaran pusat tahanan pendatang Mexico ragut puluhan nyawa

    MEXICO CITY, 28 MAC – Kebakaran di sebuah asrama di pusat tahanan imigresen Mexico berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS) menyebabkan lebih tiga dozen pendatang maut, kata agensi kerajaan hari ini, dalam salah satu insiden paling dahsyat pernah berlaku di pusat tahanan imigresen di negara itu.

    Beberapa jam selepas kebakaran berlaku lewat kelmarin, deretan mayat kelihatan di luar kemudahan di Ciudad Juarez, di seberang El Paso, Texas, dan ambulan, bomba dan van mayat mengerumuni tempat kejadian.

    Tiga puluh sembilan orang maut dan 29 cedera, beberapa daripadanya dalam keadaan serius, menurut Institut Imigresen Negara. Terdapat 68 lelaki dari Amerika Tengah dan Selatan ditahan di kemudahan itu pada masa kebakaran, kata agensi itu.

    Ia adalah insiden paling maut melibatkan kemudahan imigresen Mexico baru-baru ini. Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan kerajaan telah dipanggil untuk membantu para pendatang.

    Ketegangan antara pihak berkuasa dan pendatang nampaknya memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini di Ciudad Juarez, di mana tempat perlindungan penuh dengan orang yang menunggu peluang untuk menyeberang ke AS atau yang telah meminta perlindungan di sana dan menunggu proses.

    Lebih 30 pusat perlindungan pendatang dan organisasi advokasi lain menerbitkan surat terbuka pada 9 Mac yang mengadu tentang penjenayah dari kalangan pendatang tersebut di bandar itu. – AFP

    Pakar perubatan memberi bantuan kepada seorang pendatang yang terselamat daripada kebakaran yang berlaku di pusat tahanan imigresen Mexico di Juarez pada 27 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...