Kebakaran ragut 9 pekerja loji hidroelektrik di selatan India

HYDERABAD, INDIA, 21 OGOS – Kebakaran besar di loji hidroelektrik yang dikendalikan oleh kerajaan mengorbankan sembilan pekerja di selatan India, kata seorang pegawai hari ini.

Menteri Tenaga Telangana, Jagdish Reddy, berkata penyelamat telah menemui kesemua sembilan mayat pekerja yang terperangkap ketika api meletus semalam.

Katanya, 30 pekerja berada di dalam kilang di Srisailam.

Lima belas yang lain berjaya menyelamatkan diri melalui terowong dan enam yang lain dibawa oleh pasukan penyelamat.

Punca kebakaran belum dapat dipastikan, kata Reddy.

Penyelamat dari Pasukan Bantuan Bencana Nasional menyertai operasi pencarian di kilang itu, yang terletak di sebuah empangan sekitar 220 kilometer (140 batu) selatan Hyderabad, ibu negara.

Saluran TV News 18 mengatakan, kebakaran itu menyebabkan letupan di salah satu daripada enam unit penjana di loji hidroelektrik. Kepulan asap dari api membakar keenam-enam unit, sehingga menyukarkan operasi menyelamat.

Jentera bomba mengambil masa beberapa jam untuk memadamkan api, katanya. – AP