Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kebakaran ragut dua nyawa, 50 cedera

    PRAGUE, 2 JUN – Dua orang maut dan lebih 50 cedera dalam insiden kebakaran di rumah jagaan pesakit Alzheimer dekat Prague, menurut perkhidmatan kecemasan kelmarin.

    “Anggota bomba malangnya telah menemui dua orang mati,” kata perkhidmatan kecemasan serantau dalam laman Twitter.

    Ia menambah bahawa dua orang lagi penghuni rumah di Roztoky, di utara ibu negara Czech, berada dalam keadaan kritikal dengan dua cedera parah dan 51 lagi mengalami kecederaan ringan.

    Kebakaran dikatakan tercetus kelmarin dan pihak bomba masih berada di lokasi hingga hari ini.

    Hampir 100 anggota bomba turut dikerahkan bagi memadamkan kebakaran dan memindahkan penghuni rumah jagaan tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...