Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Kebakaran ragut nyawa 4 beradik

    MUAR, 30 MAC – Beberapa penduduk di Kampung Sabak Awor tidak menyangka kebakaran yang berlaku Maghrib semalam berakhir dengan tragedi meragut nyawa empat beradik kerana beranggapan tiada siapa di rumah. 

    Jiran terdekat Limat Sawal, 53, berkata ketiadaan kereta Perodua Kancil yang biasa membawa keempat-empat kanak-kanak itu keluar, menguatkan lagi anggapan mereka tiada orang di rumah ketika itu.

    “Biasanya kami melihat keempat-empat anak ini bermain di luar rumah dan ada kereta tetapi semasa kejadian, tiada kereta, jadi kami fikir tiada orang.

    “Kami memang tidak sangka terdapat mangsa di dalam dan hanya menyedari ada mangsa di dalam apabila ibu mangsa yang baru tiba memaklumkan anaknya masih di dalam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kebakaran, hari ini. 

    Limat, yang tinggal kira-kira 100 meter daripada rumah mangsa itu berkata, dia antara yang terawal menyedari akan kebakaran tersebut, turut memanggil penduduk lain untuk sama-sama memadamkan kebakaran.

    “Kejadian berlaku terlalu pantas, kami berusaha untuk padamkan kebakaran dengan menjirus air daripada paip berdekatan.

    “Saya rasa sangat sedih dan hiba. Saya tak sanggup melihat keadaan kanak-kanak itu yang seusia lebih kurang cucu saya. Ibu mereka ada bergaul dengan orang dan sering bertanya khabar, anak-anaknya juga selalu bermain di sini, jadi saya sedih,” katanya.

    Seorang lagi, Idris Sehan, 76, berkata dia hanya mengetahui kejadian berkenaan selepas selesai solat terawih.

    “Saya terkejut apabila dimaklumkan ada rumah terbakar dan lebih mengejutkan lagi, rumah itu adalah rumah sepupu saya yang disewakan kepada keluarga itu sejak empat tahun lepas,” katanya, memaklumkan ibu bapa mangsa kini tinggal di balai raya selepas kehilangan tempat tinggal.

    Dalam kejadian 7:49 malam tadi, empat kanak-kanak yang maut sebelum itu dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran dengan bersembunyi di bilik air di bahagian dapur rumah berkenaan. – Bernama

    Anggota bomba dan penyelamat memeriksa keadaan rumah yang hangus dijilat api. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -