NEW YORK – Jika dipandang kembali, ia seolah-olah satu proses pengiklanan ketinggalan zaman dan sudah lapuk apatah lagi ketika ini zaman sudah berada di arus teknologi yang tinggi dan kebanyakan iklan menggunakan teknologi hebat namun baru-baru ini, bandaraya New York telah melakukan perubahan.
Baru-baru ini, New York telah menggunakan iklan lukis dan dijadikan sebagai satu seni komersial abad ke-21 di bandaraya yang tidak pernah tidur itu. Membanting tulang di bawah terik matahari dan gelombang haba, Justin Odaffer kelihatan sedang meletakkan sentuhan terakhir kepada sebuah iklan Ray-Ban. “Saya telah menghabiskan beberapa hari untuk menyiapkan lukisan ini di beberapa buah bangunan di kawasan timur perkampungan di pusat bandar Manhattan.
Dalam tempoh tujuh tahun yang lalu, Odaffer yang mana mempunyai kelulusan dalam bidang seni kreatif telah banyak mencurahkan bakti dengan melukis iklan cat pada kebanyakan dinding-dinding bangunan di New York, Los Angeles dan juga Chicago. Odaffer yang bertugas di bawah naungan Colossal Media telah berjaya meningkatkan produktiviti iklan tersebut dan kini, dia menjadi pemimpin untuk pekerja-pekerja seni berkenaan. “Apa yang pasti, kami sebenarnya membawa satu asas untuk kebangkitan semula dan membawa kepada satu persaingan hebat malah tanpa ada syarikat pengiklanan ini, seni ini tidak akan dapat dilihat lagi dan perkembangannya mungkin akan sangat tipis,” kata Odaffer lagi kepada wartawan AFP.
Colossal Media ditubuhkan pada tahun 2004 dan penubuhan syarikat berkenaan merupakan satu pertaruhan kepercayaan dan juga kehebatan dan pengasas syarikat berkenaan, Paul Lindahl, yang berpangkalan di Hub Hipster Brooklyn of Williamsburg cuba menyaksikan sesuatu yang lain. “Teknologi telah mengambil alih hampir keseluruhan sumber kreatif malah sehingga ke hari ini, masih lagi ramai yang tidak memandang lukisan iklan tangan ini kerana ramai yang tidak peduli dan masih berpegang teguh kepada kehebatan teknologi,” kata Paul kepada wartawan AFP.
Paul Lindahl, pengasas syarikat berkenaan bukan berasal dari bandaraya berkenaan dan datang dari sebuah keluarga pendatang daripada Hungary. “Walaupun hakikatnya, iklan sebegini adalah mahal dan perlahan namun apa yang penting ialah nilai. Namun saya yakin bahawa seni ini akan mendapat kehebatan di masa hadapan dan orang ramai akan tetap menyukainya apatah lagi generasi-generasi baru khususnya, sebagai satu pendedahan seni,” tambah Paul lagi kepada wartawan media.
Namun selepas tiga belas tahun kemudian, syarikat beliau telah berkembang maju dan kini mempunyai 70 orang pekerja dan telah melukis mural sebanyak 450 hingga 500 mural dalam masa setahun di bandaraya-bandaraya besar di Amerika Syarikat dan syarikat berkenaan telah menyasarkan keuntungan yang menakjubkan iaitu sekitar AS$24 juta pada tahun2017. Walaupun iklan cat atau mural ini mengambil lama dengan kos yang tinggi namun iklan lukis ini menawarkan pengiklanan yang unik untuk mempamerkan satu kelainan dan kembali kepada seni pengiklan pada satu masa dahulu di bandaraya itu sendiri.
Kebanyakan penduduk di bandaraya itu merasa hairan dan terpegun melihat keunikan iklan tersebut. “Melihat para pelukis itu, orang ramai menjadi sangat hairan dan syarikat itu banyak menerima komen dan pujian dengan bertanya siapakah yang telah menghasilkan lukisan itu kerana ia kelihatan sangat baik dan menawan,” kata Odaffer kepada wartawan AFP.
Adakah ia satu seni?
Kebanyakan hasil seni iklan itu telah dimasukkan dalam media-media sosial dan telah menarik banyak penggiat fotografi sekali gus meningkatkan lagi usaha untuk mengiklankan jenama tersebut.
“Kami sebenarnya membawa satu nilai yang tersendiri dengan apa yang yang kami lakukan. Apa yang kami cuba realisasikan di sepanjang jalan adalah satu ukuran seni yang lama bertahan walaupun ia satu bentuk iklan berbanding cetak iklan digital yang hanya bertahan sekejap. Oleh itu, seni ini sangat bermanfaat untuk kegunaan orang ramai. Ia adalah seni persembahan. Mereka yang lalu lalang akan berhenti dan bertanya-tanya, karya siapakah ini,” kata Odaffer lagi kepada wartawan media.
Chris Cockerill, pengurus besar Lamar Advertising yang berpangkalan di New York. Salah sebuah syarikat terbesar dalam industri pengiklanan di dunia bersetuju bahawa pertumbuhan seni ini masih menyumbang sumber yang kecil berbanding keseluruhan pasaran. “Walaupun seni ini banyak dilihat di kawasan sekitar bandar, namun ia adalah satu produk yang unik untuk satu proses pengiklanan khususnya untuk hari ini. Pada masa yang lalu, seni ini sangat sukar untuk memberikan hasil yang baik,” kata Chris kepada media. Lamar dan Cossal tidak sehaluan dan tidak berfungsi baik sesama sendiri.
Paul cuba menerangkan sesuatu yang baik berdasarkan sifat pertumbuhan yang merangkumi pelbagai faktor iaitu nasib, ukuran masa dan DIY trend serta populariti seni jalanan. Colossal menjamin dinding seni itu membawa kepada satu pakej hartanah dengan ruang iklan dan dicat tanpa perlu bergantung kepada satu lagi syarikat pengiklanan.
“Ia masih lagi satu proses yang sama seperti seni jalanan yang lain kerana ia sama dengan proses seni jalanan yang sama,” kata penggiat seni grafiti, BG183, ahli tertua grafiti di bandaraya New York yang masih lagi aktif dalam seni tersebut. “Kualiti lukisan itu telah bertambah baik sehingga ke hari ini dan corak ini membawa kepada satu persepsi seni terbaru dan terkini khusus dalam pengiklanan,” tambah Paul mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP