Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kebangkitan semula Spurs

    LONDON, 10 JAN – Tottenham Hotspurs bangkit daripada ketinggalan pada separuh masa pertama menentang Morecambe apabila menang 3-1 hasil jaringan Harry Winks, Lucas Moura dan Harry Kane.

    Bos Morecambe, Stephen Robinson tidak hadir semasa perlawanan itu, permulaan karier dan perlawanan pertama bersama pasukannya selepas disahkan positif koronavirus.

    Spurs, pada kedudukan 59 anak tangga lebih tinggi daripada saingan divisyen ketiga di carta bola sepak Inggeris, telah ketinggalan pada minit ke-33 apabila kapten pasukan Morecambe, Anthony O’Connor menjaringkan gol dari jarak dekat susulan sepakan sudut.

    Pasukan tuan rumah bergelut untuk mengatur barisan mereka sendiri dan bos Tottenham, Antonio Conte telah menurunkan Moura dan Kane dari bangku simpanan dengan berbaki 20 minit perlawanan.

    Spurs masih lagi memerlukan sedikit nasib untuk menyamakan kedudukan – sepakan percuma Winks tersasar, tetapi ia melepasi penjaga gol Morecambe, Trevor Carson dan jauh ke sudut.

    Moura memastikan Spurs mendahului pada minit ke-85 selepas mengepung penjaga gol apabila mendapat bola daripada pemain tengah dan Kane memastikan Spurs mara.

    “Kami berhak untuk menang kerana dalam jenis perlawanan seperti ini, awda mesti menunjukkan kekuatan,” kata Conte kepada BBC.

    Reaksi pemain Tottenham, Harry Winks (kiri) meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pertama pasukannya semasa perlawanan pusingan ketiga Piala FA antara Tottenham Hotspur dan Morecambe di Stadium Tottenham Hotspur di London, 9 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...