Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kebanyakan kes cacar monyet babit lelaki

    GENEVA, 8 JULAI – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengeluarkan laporan situasi pertama mengenai penyebaran cacar monyet dengan memperincikan profil tipikal individu yang terjejas akibat wabak itu.

    Menurut statistik, hampir semua pesakit yang terjejas setakat ini adalah lelaki, dengan umur median 37 tahun, dan tiga perlima dikenal pasti sebagai lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, menurut WHO.

    Bilangan kes meningkat sebanyak 77 peratus sejak 27 Jun, yang mana dua kematian baharu dengan kedua-dua kes di Republik Afrika Tengah telah dilaporkan.

    Negara yang mempunyai lebih 1,000 kes yang disahkan ialah Britain (1,351), Sepanyol (1,256) dan Jerman (1,242), menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah dan WHO Eropah.

    Menerusi laporan situasi dwi-mingguan pertama mengenai cacar monyet, WHO berkata data jantina tersedia pada 4,406 kes, yang mana 99.5 peratus terdiri daripada lelaki.

    “Wabak ini terus memberi kesan terutamanya kepada lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki dengan satu atau beberapa pasangan lelaki, menunjukkan tiada isyarat penularan berterusan di luar rangkaian ini buat masa sekarang,” menurut laporan itu.

    Lelaki berumur 18 hingga 44 tahun menyumbang 79 peratus kes, dengan umur median 37 tahun.

    Terdapat enam kes yang diketahui dalam kalangan kanak-kanak bawah 18 tahun dan 25 kes yang diketahui dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan.

    “Laluan penularan yang paling kerap disyaki dan dilaporkan, antara kenalan yang diketahui, adalah melalui hubungan seksual,” menurut laporan berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...