Friday, September 30, 2022
25.5 C
Brunei

Kebenaran akan terungkai – CR7

-

LONDON, 17 OGOS – Cristiano Ronaldo mengecam ‘pembohongan’ terhadap laporan yang menceritakan mengenai masa depannya di Manchester United.

Penyerang Portugal itu terlepas jelajah pra musim United ke Thailand dan Australia disebabkan oleh masalah peribadi ketika spekulasi memuncak mengatakan dia bakal meninggalkan Old Trafford.

Dilaporkan Ronaldo ingin bermain di Liga Juara-Juara, tetapi United berkeras menyatakan bintang berusia 37 tahun itu bukan untuk dijual dan kekal menjadi bahagian penting dalam perancangan pengurus baharu Erik ten Hag.

Bekas bintang Real Madrid itu bermain sepanjang 90 minit perlawanan semasa United dimalukan 4-0 oleh Brentford Sabtu lalu, yang menyebabkan mereka berada di kedudukan tercorot liga.

Menjawab pertanyaan peminat di Instagram yang mengaitkan penyerang itu ke Atletico Madrid, Ronaldo berkata ‘kebenaran akan terungkai’ dalam masa beberapa minggu, dan menambah, “Media menyatakan pembohongan.”

“Saya mempunyai nota dalam beberapa bulan kebelakangan menulis 100 berita tentang saya, hanya lima yang tepat.”

Manchester United akan meneruskan kempen liga dengan melayani kunjungan musuh ketat, Liverpool pada Isnin. – AFP

Ronaldo mengecam ‘pembohongan’ terhadap laporan yang menceritakan mengenai masa depannya di Manchester United.- AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -