Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Kebenaran melawat hanya untuk pesakit nazak

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Kebenaran melawat hanya diberikan kepada pelawat bagi pesakit yang kritikal atau nazak, dan tidak dibenarkan bagi pesakit lain pada masa ini.

    Perkara demikian dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam sidang media pada hari ini, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Kebenaran tersebut adalah mengenai Dasar Pelawat dan Pendamping di Hospital-hospital Kerajaan yang dikemas kini baru-baru ini yang bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan pelawat, pesakit dan semua petugas hospital daripada pendedahan kepada risiko penularan wabak COVID-19 di hospital.

    “Sehubungan itu, semua pelawat yang ingin melawat para pesakit yang dalam keadaan kritikal atau nazak adalah dipohon supaya mematuhi semua arahan yang diberikan oleh petugas-petugas ketika berada di hospital,” jelas Yang Berhormat Dato. Yang Berhormat Menteri Kesihatan menegaskan bahawa jumlah orang yang dibenarkan untuk melawat para pesakit yang dalam keadaan kritikal atau nazak di unit rawatan rapi (ICU) atau unit rawatan jantung (CCU) atau di wad-wad adalah dua orang ahli keluarga terdekat sahaja pada satu-satu masa.

    “Sijil ujian ART perlu ditunjukkan kepada petugas-petugas hospital sebelum memasuki ICU, CCU atau wad semasa melawat pesakit yang dalam keadaan kritikal atau nazak,” jelas beliau lagi.

    Walau bagaimanapun, menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan, seorang peneman adalah dibenarkan bagi mana-mana pesakit mengikut garis panduan yang dikuatkuasakan pada masa sekarang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...