‘Kebencian terhadap negara’ ancaman besar daripada virus

BANGKOK, 5 OGOS – Ketua tentera Thailand hari ini memberitahu kadet-kadet bahawa ‘kebencian terhadap negara’ yang menimpa negara merupakan ancaman lebih besar daripada koronavirus, ketika gerakan prodemokrasi yang mula wujud semakin bertindak berani.

Kerajaan itu menyaksikan bantahan hampir setiap hari yang dilakukan oleh kebanyakan belia Thailand, yang marah ke atas tentera yang diketuai oleh bekas ketua tentera Prayut Chan-O-Cha.

Ketidakpuasaan terang-terangan ditunjukkan Isnin lalu, apabila sekumpulan remaja berpakaian Harry Potter memberi sorakan kepada seorang peguam ketika dia mengetuai rundingan tentang peranan monarki di Thailand.

Semasa lawatan ke akademi tentera hari ini, ketua tentera Apirat Kongsompong – penyokong kerajaan yang membidas tokoh prodemokrasi – bercakap tentang ‘penyakit’ yang mengkritik tanah air sendiri itu. – AFP