Keberangkatan muhibah

Gambar oleh Muiz Matdani dan Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan menerima keberangkatan muhibah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berlangsung di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati.

Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Turut berangkat mengiringi Keberangkatan Muhibah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan KDYMMSeri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ialah Tengku Amir Nasser Ibrahim; Tengku Suraiya Afzan; dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Majlis Keberangkatan Muhibah diteruskan dengan Majlis Santap Diraja yang diadakan di Baitul Rahmah yang dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 pada 31 Januari lalu di Balairung Seri, Istana Negara di Kuala Lumpur.

Terdahulu, semasa keberangkatan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, bagi keberangkatan muhibah ke negara ini selama dua hari, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dijunjung oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota selaku wakil peribadi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Sebelum berangkat meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat melintasi Perbarisan Kawalan Kehormatan Statik yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke majlis santap diraja meraikan keberangkatan muhibah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman, kelmarin.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima Keberangkatan Muhibah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (ke-16), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman, kelmarin.
Baginda Sultan dan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Diraja.

Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ketika berkenan beramah mesra. Turut berkenan berangkat ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir.

DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati berkenan menadahkan tangan ketika Doa Selamat dibacakan.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ketika berkenan mengiringi keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Berangkat sama DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta KDYMM Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan santap bersama kerabat diraja.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Aziz ketika mengepalai bacaan Doa Selamat.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong semasa berkenan menerima junjung ziarah sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.