Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Keberangkatan negara ke Republik Singapura 24 Ogos

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha akan berangkat ke Republik Singapura bagi mengadakan keberangkatan negara ke republik itu bermula 24 hingga 25 Ogos ini.

    Keberangkatan negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Republik Singapura adalah atas undangan Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob dalam mempererat lagi hubungan dua hala kedua-dua buah negara.

    Semasa keberangkatan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga dijangka akan berangkat menghadiri kunjungan muhibah bersama Puan Yang Terutama serta majlis perjumpaan bersama Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong.

    Brunei Darussalam dan Republik Singapura mempunyai hubungan yang akrab dan unik melalui persahabatan istimewa antara Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
    Sa‘adul Khairi Waddien dan mantan Perdana Menteri Republik Singapura, mendiang Dato Laila Utama Lee Kuan Yew.

    Kedua-dua buah negara mempunyai kerjasama yang strategik dan kukuh dalam pelbagai bidang termasuk Perjanjian Kebolehtukaran Mata Wang, pertahanan, kesihatan, pendidikan, serta perdagangan dan pelaburan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...