Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Keberkesanan teknologi dalam pendidikan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Dengan menangani gelombang ketiga pandemik COVID-19, kita juga telah melihat bagaimana ia menunjukkan pelbagai cabaran dan peluang pembelajaran yang membawa kepada kepimpinan transformatif dan adaptif khususnya dalam mengurus krisis dan perubahan.

    Pandemik itu juga telah menggalakkan kemajuan dan mempercepatkan lagi inovasi serta kemajuan dalam sfera digital dan mengingatkan kita bahawa menjaga kesejahteraan pelajar dan pendidik adalah amat penting apabila ingin untuk mengekalkan rasa normal di dalam sekolah.

    Oleh itu, penilaian semula kompetensi kewargaan digital pelajar dan pendidik adalah amat kritikal sebagai sebahagian daripada usaha memahami dan meningkatkan sistem pemikiran secara keseluruhannya.

    “Kita telah menyaksikan evolusi penggunaan teknologi pendidikan dengan lebih ramai pelajar dididik melalui platform pembelajaran dalam talian yang relevan dan sesuai.

    “Inovasi sebegini juga telah menjadikan prospek pembelajaran yang disesuaikan mengambil peranan yang lebih menyerlah di sekolah yang sedang menyesuaikan kepada dunia pasca pandemik,” jelas Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Pemimpin Sekolah 2022 yang berlangsung secara hibrid, baru-baru ini.

    Beliau menambah, pembangunan kefasihan dan kecekapan kewargaan digital memerlukan penubuhan jenis-jenis pendidikan atas talian yang efektif di mana pemimpin sekolah dan guru-guru perlu mempunyai pemahaman yang baik aspek sosial, emosional dan afektif pendidikan berasaskan teknologi serta merasa yakin dalam keupayaan untuk bertindak balas dengan sewajarnya.

    Semua itu, kata Yang Berhormat Dato, menyeru pemimpin sekolah untuk memahami pemikiran sistem dalam memastikan bahawa kesalinghubungan berkenaan membawa kepada keberkesanan kolektif supaya mereka dapat menyampaikan pertumbuhan yang berpanjangan dan mampan kepada sekolah mereka ke arah pendidikan berkualiti.

    Yang Berhormat Dato dalam ucapannya berkata lagi bahawa dengan negara mengorak langkah ke hadapan dalam norma baharu ini, terdapat keperluan untuk menumpukan semula keputusan dan fokus bagi menyampaikan kaedah-kaedah pembelajaran alternatif untuk merapatkan jurang dan ketinggalan pembelajaran dalam memastikan semua pelajar mendapat peluang yang sama bagi sebuah pendidikan berkualiti.

    Ke arah itu, para pemimpin sekolah dan guru telah bekerja keras dalam melaksanakan sokongan pembelajaran yang diperlukan dan menjana persekitaran pembelajaran suportif dalam memastikan kelangsungan pembelajaran dan pengajaran berkualiti.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah yang menghadiri Konvensyen Pemimpin Sekolah 2022 yang berlangsung secara hibrid, baru-baru ini. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...