Keberkesanan vaksin menurun mengikut masa

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Apa juga jenis vaksin, sama ada dari mRNA, protein yang diaktifkan atau virus yang tidak aktif, ia pada dasarnya akan menurun dalam peringkat masa yang berpanjangan dan antibodi pun dijangka menurun.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara ini selepas terdapat laporan berita yang mengatakan bahawa perlindungan vaksin COVID-19 Moderna yang ditawarkan semakin berkurang dari semasa ke semasa dan ini akan mendorong untuk mendapatkan dos penggalak (booster).

Pada sidang media tersebut, Yang Berhormat Dato seterusnya mengongsikan mengenai laporan berita tersebut, sama ada pada masa ini perlu untuk mendapatkan booster atau sebagainya, beliau menjawab bahawa ia sama seperti vaksin flu yang diberikan setiap tahun dan keberkesanan vaksin tersebut juga akan menurun atau tidak lagi berkesan dalam tempoh lapan hingga ke sembilan bulan.

“Besar kemungkinan untuk COVID-19 ini keputusannya juga sama dan banyak negara sudah memikirkan mengenai pemberian booster dan sebagainya,” jelas beliau lagi.